Friday, August 13, 2010
HUKUMAN BERAT : yang membuat atau membuang bayi???
Anak adalah anugerah Allah yang amat bernilai..Allah juga menjanjikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda kepada ibu bapa yang berjaya menunaikan amanah mendidik dak memelihara anak dengan baik...Namun yang menjadi masalah apabila terdapat golongan yang terpaksa melahirkan anak akibat ketelanjuran diri mengikut hawa nafsu yang tidak kenal puas...akibatnya masjid , surau , tandas2 , tong2 sampah , sungai dan merata2 tempat lagi menjadi "pusat penempatan sementara" kepada bayi2 yang terhasil dari perbuatan zina ini...Memang kita semua menyokong langkah kerajaan yang mahu mengenakan hukuman berat hingga ke tahap hukuman mati mandatori terhadap mereka yang terlibat membuang bayi yang tidak berdosa ini...tetapi penulis melihat usaha ini hanya bersifat "menutup hidung apabila terhidu tahi kucing di depan mata" kita hanya cuba untuk mengubat barah yang merebak sedangkan tiada pencegahan yang diikhtiarkan...yang dimaksudkan di sini ialah jenayah ZINA yang menjadi punca kepada jenayah pembuangan bayi ini...jika jenayah zina masih lagi ditangani dengan undang2 3 , 5 , 6 maka kita tidak akan sunyi daripada menerima berita pembuangan bayi yang tidak berkesudahan..Cara pencegahannya...ALQURAN yang ditadaruskan pada setiap malam di bulan Ramadhan ini...ALQURAN ini adalah manual manusia yang Allah sertakan bersama penciptaan manusia...ia bukan milik ekslusif mana2 parti politik , pertubuhan atau bangsa tertentu..ia adalah dari Allah...Selagi kita tidak kembali kepada ALQURAN , selagi itulah kita hanya bermimpi untuk melihat negara kita bebas dari jenayah PEMBUANGAN BAYI ini..Wallahu a'lam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment