Friday, September 25, 2009

TAQWA HASIL TARBIYYAH RAMADHAN

Sememangnya itulah hasrat semua ummat Islam.Iaitu mendapat darjat TAQWA di kala laungan takbir menjelang 1 Syawal.Bagi yang mendapatnya, ia adalah satu kemenangan yang tidak ternilai jika dibandingkan dengan mana-mana anugerah.Namun bagi yang tidak mendapatnya , apakah kemenangan yang mereka sambut? setakat menahan lapar dan dahaga sahaja , adakah itu dikira sudah menang?. Orang di Afrika sana lagi "power" , 2-3 hari tak makan. Inilah akibat daripada ramai dikalangan kita yang hanya minat beribadat tanpa minat menuntut ilmu tentang ibadat. Hasilnya sebelah mata pun Allah tak pandang ibadah Ramadhan kita.

Yang lebih mendukacitakan ialah yang banyak melakukan ibadah tetapi semua ganjaran ibadah tersebut dicemarkan kembali dalam sekelip mata setelah menjelang 1 Syawal.Bagaimana? Jawapannya mudah, bila mana Syaitan terlepas daripada belenggu Ramadhan, ramai dikalangan kita yang turut bergembira dan bersuka ria seperti Syaitan. kadang-kadang lebih daripada Syaitan.

Sewajarnya kita setelah berlalunya Ramadhan kita menjadi lebih bertaqwa dari sebelum Ramadhan.

Ramadhan mengajar kita sentiasa memakmurkan masjid dan surau , kenapa kita biarkan kedua-duanya kembali sepi setelah Ramadhan?

Ramadhan mengajar kita mendampingkan diri dengan al-quran, kenapa kita kembali menjadikanya sebagai penghias rak-rak buku?

Ramadhan mengajar kita berlumba-lumba menunaikan solat Tarawih walhal ianya sunat , kenapa kita tidak berlumba-lumba menunaikan solat fardhu berjamaah walhal ianya Fardhu kifayah?.

Banyak lagi yang perlu kita bermuhasabah mengenai Ramadhan kita.Ini kerana di Bulan Syawal inilah kita mahu melihat kesan tarbiyyah Ramadhan. والله أعلم